NASIONALRinggit

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, sejajar mata wang serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0750/0790 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0730 semasa ditutup, pada Selasa.

Beliau berkata, dolar AS mendapat sokongan mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan AS mengambil pendekatan yang lebih kepada kadar faedah rendah dalam menaikkan kadar faedah.

“Sementara itu, ringgit turut dipengaruhi oleh harga minyak yang rendah, dan krisis minyak sawit dengan Kesatuan Eropah,” katanya.

Sehingga 9.25 pagi, penanda aras minyak mentah Brent berada pada US$67.32 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding pound British kepada 5.3786/3855 daripada 5.3740/3784 semalam, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0114/0146 daripada 3.0130/0164 sebelum ini.

Ringgit turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6861/6907 daripada 3.6869/6906 dan menokok berbanding euro kepada 4.5889/5950 daripada 4.6060/6098. -BERNAMA


Pengarang :