RMS tunggang Vespa jelajah Kuala Langat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

RMS tunggang Vespa jelajah Kuala Langat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 24 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli dengan menunggang motosikal jenis Vespa ketika Program Jelajah Daerah Kuala Langat, baru-baru ini.

Selangor Royal Official menerusi kenyataan berkata, baginda turut berkenan menunggang motosikal ke kilang pembuatan kerepek di Morib.


Katanya, baginda seterusnya singgah menikmati suasana petang dan kemudahan terkini di Pantai Morib.

“Pada jelajah selama tiga hari itu, baginda dan rombongan melawat ke Taman Rekreasi Paya Bakau di Sijangkang untuk melihat sendiri perusahaan madu kelulut.

“Baginda kemudiannya menyertai acara memanah tradisional sebelum menikmati hidangan makanan laut popular di Pulau Carey.

“Pada hari kedua, Raja Muda turut berkenan melawat ke Muzium Insitu, sekitar Bukit Jugra dan juga Istana Bandar serta menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Diraja Sultan Alaeddin Jugra,” kata kenyataan itu.

Lawatan itu turut disertai Orang-orang Besar Istana yang terdiri daripada Engku Maharajalela Setia Paduka Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail; Tengku Indera Bijaya Diraja Tengku Salahuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj.

Hadir sama, Engku Panglima Setia Diraja Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Alhaj Syed Anwar Jamalullail; Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj dan Tengku Saifan Rafhan Putra Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

Pada hari terakhir jelajah, baginda berkenan mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat dan menyempurnakan perasmian semula laluan mendaki di gunung berkenaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next