SELANGOR

Cuaca Selangor ribut petir dan hujan hingga Sabtu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 MEI: Cuaca di Selangor diramalkan mengalami hujan ribut petir serta hujan di satu dua tempat sehingga Sabtu depan, 18 Mei.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya melaporkan, Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor dilanda hujan ribut petir yang dijangka berlaku pada waktu petang.

 

Sementara Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula diramalkan hujan di satu dua tempat sahaja.

Dalam perkembangan lain, dua lokasi di Semenanjung dikesan mengalami suhu panas pada tahap berjaga-jaga dengan catatan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius.

Kawasan yang terbabit ialah Jempol, Negeri Sembilan dan juga Tangkak, Johor Baharu.

Bagi kawasan yang tidak berada di tahap satu, suhu harian maksimum dibawah 35 celcius.


Pengarang :