SELANGOR

KDEBWM serah 5 tong ‘leach bin’ kepada Apartment Tropika

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 MEI: KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyerahkan lima buah tong sampah baru jenis ‘Leach Bin’ kepada Perbadanan Pengurusan (MC) Apartment Tropika Bandar Bukit Tinggi 2, baru-baru ini.

Ketua Perhubungan Awam dan Medianya, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, tong sampah itu akan digunakan penduduk di pangsapuri berkenaan untuk membantu proses pembuangan sampah domestik.

Katanya, hal itu kerana tong sampah domestik sedia ada sudah rosak dan tidak mencukupi, sekali gus tidak dapat menampung sampah seharian di kawasan pangsapuri.

“KDEBWM selaku syarikat yang mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan permbersihan awam amat mengambil berat permasalahan dihadapi pihak MC yang kekurangan dana untuk menyediakan tong sampah baharu.

“Justeru, kami berharap ia dapat menyelesaikan masalah pembuangan dan kutipan sampah di kawasan Apartment Tropika ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Mahfuzah berkata, KDEBWM akan terus menyokong usaha dan membantu pihak yang memerlukan bantuan seperti itu.

“Ini sekali gus dapat menjadikan Selangor sebagai negeri yang bersih, selesa dan sejahtera untuk didiami,” katanya.


Pengarang :