EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM26.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.60 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion bagi tujuh hari dan 14 hari serta tiga tender Qard bernilai RM600 juta bagi tujuh hari, RM1.2 bilion bagi 14 hari dan RM1 bilion bagi 21 hari.

Ia juga akan mengeluarkan satu tender repo berbalik bernilai RM500 juta bagi 14 hari serta tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) dan tender Bil Antara Bank Bank Negara Islam (BNIBI) bernilai RM500 juta setiap satu masing-masing bagi 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM24.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM15.8 bilion. – BERNAMA


Pengarang :