BERITA UTAMASELANGOR

MB dekati warga Shah Alam sebelum aksi final UCL

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 JUN: Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Tottenham Hotspur dan Liverpool yang berlangsung awal pagi ini dimanfaatkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari untuk bertemu serta beramah mesra bersama warga Bandaraya Anggerik di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Sambil menyaksikan perlawanan menerusi layar gergasi yang disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), beliau turut mengedarkan juadah bersahur kepada pengunjung sambil bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan melakukan dakwah jalanan memberikan nasihat berkaitan Ramadan.

“Kita dapat mendekati sebahagian masyarakat yang hadir di sini. Kita dapat menyampaikan beberapa nasihat serta menyemarakkan Ramadan dengan pengisian bermanfaat,” katanya.

Amirudin berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MBSA bersama-sama menyediakan 800 pek juadah berbuka puasa kepada pengunjung di sini sepanjang bulan Ramadan sehingga 2 Jun.

Dalam perkembangan sama, hampir 400 orang hadir bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir yang berkesudahan memihak Liverpool 0-2 menewaskan Tottenham Hotspur.


Pengarang :