SELANGOR

Selangor catat hasil negeri RM1.214 bilion

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JUN: Selangor mencatatkan RM1.214 bilion hasil negeri sehingga 7 Jun, berbanding RM1.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, peningkatan itu adalah sekitar 13.79 peratus daripada hasil yang dicapai negeri.

Katanya, Selangor juga mencatatkan aliran pelaburan tempatan dan luar negeri berjumlah RM18.947 billion, meningkat 238 peratus berbanding RM5.592 billion, pada 2017.

“Ini merupakan jumlah pelaburan terbesar dalam sejarah Selangor. Dengan perkembangan sihat dan memberangsangkan, patik yakin Kerajaan Negeri berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Belanjawan 2019.

“Selain itu, ia juga dapat memastikan program kepedulian rakyat dapat dilaksanakan dalam kerangka polisi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sempah ucapannya di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Selangor di Bulatan Bazarena Seksyen 13, di sini, malam ini,

Turut berkenan berangkat hadir, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

 


Pengarang :