SELANGOR

Kilang kimia di Pulau Indah terbakar

SHAH ALAM, 13 JULAI: Sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini, musnah dalam kebakaran lewat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di kilang berkenaan pada kira-kira pukul 6.59 petang tadi dan tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Andalas, BBP Sungai Pinang, BBP Telok Panglima Garang, BBP Rawang, BBP Kota Anggerik dan BBP KLIA dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ini merupakan kebakaran kilang kimia ketiga di taman perindustrian berkenaan di mana kejadian pertama berlaku April lepas dan kejadian kedua pada 5 Julai lalu, yang menyaksikan enam anggota bomba cedera.

Tambah Norazam kerja-kerja memadam kebakaran masih lagi dijalankan dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

-BERNAMA


Pengarang :