NASIONAL

SPRM tahan anak tiri Najib

 

KUALA LUMPUR, 4 JUL : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut penahanannya, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata Riza ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun Riza telah dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi esok.

“Riza akan didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram,” katanya ketika dihubungi.

-BERNAMA


Pengarang :