AGENDANASIONAL

Siaran TV analog wilayah utara, timur ditutup Isnin ini

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Pelaksanaan Penutupan Siaran Analog (ASO) bagi wilayah utara dan timur meliputi Perlis, Kedah, Perak, Penang, Pahang, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada Isnin ini, 14 Okt.

Pelaksanaan fasa terakhir pula akan tamat pada 31 Okt, 2019 dengan melibatkan Sabah dan Sarawak, menurut MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dalam kenyataan hari ini.

Semasa proses itu dijalankan, MYTV menggalakkan penonton menyemak sama ada mereka layak untuk memperolehi dekoder secara percuma di bawah program B40 menerusi pautan www.mytvbroadcasting.my/b40/.

Bagi yang telah menerima dekoder percuma dan mahu mendapatkan bantuan pemasangan, mereka boleh menghubungi Khidmat Pelanggan MYTV, menurutnya.

Pelanggan yang mahu mendapatkan lebih banyak maklumat seperti beralih kepada televisyen digital, isu berkaitan kawasan liputan, disaran layari www.myfreeview.tv untuk menikmati perkhidmatan digital secara percuma.

Laman web itu juga menyediakan maklumat lokasi bagi pembelian dekoder DVB-T2 dan panduan pemasangan kepada pelanggan.

MYTV komited untuk memastikan seluruh negara dapat menikmati Penyiaran Digital myFreeview dalam tempoh pelaksanaannya.

Hubungi Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 untuk maklumat lanjut dan bantuan.

— BERNAMA


Pengarang :