AGENDANASIONAL

SPRM diberi tambahan 100 kakitangan

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Penambahan 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tahun 2020 adalah satu manifestasi jelas daripada kerajaan dalam komitmen memerangi rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, peruntukan RM10 juta bagi ujian penilaian risiko terhadap semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan akan memperkasakan lagi fokus kepada bahagian pencegahan SPRM.

“SPRM menghargai tindakan kerajaan dalam membanteras rasuah di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Semasa membentangkan Belanjawan 2020 hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan menambah 100 kakitangan SPRM tahun depan dan memperkukuhkan Unit Integriti di semua kementerian dan agensi.

– BERNAMA


Pengarang :