AGENDANASIONAL

Niaga hadapan emas tidak diniagakan pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan dalam sesi dagangan awal pagi ini.

Pada jam 10.15 pagi, kontrak Disember 2019, Januari 2020, Februari 2020 dan Mac 2020 kekal masing-masing pada RM196.40, RM196.70, RM197.30 dan RM198.90 segram.

Jumlah dagangan sifar, manakala kepentingan terbuka berjumlah 134 kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, harga emas fizikal turun sembilan sen kepada RM189.91 segram.

– BERNAMA


Pengarang :