Datuk Abdul Rashid Asari (dua, kiri) menyempurnakan pelancaran kit kembali ke sekolah DUN Jeram bersama ADN Jeram, Shaid Rosli (kiri) pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Kuala Selangor di Hotel Concorde Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PAKATAN terus tunai janji kepada rakyat

SHAH ALAM, 14 DIS: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan terus berusaha memastikan segala manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum (PRU) tahun lalu ditunaikan.

Pengerusi BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata pihaknya akan terus bekerja kuat bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Masalah yang dihadapi kerajaan adalah disebabkan kewangan, namun kita akan berusaha bagi memastikan janji kepada rakyat dapat ditunaikan.

“Malah, kerajaan sedang bekerja keras bagi mengembalikan semula wang yang disalah guna kerajaan terdahulu,” katanya kepada media pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Kuala Selangor di Hotel Concorde Shah Alam, di sini malam tadi.

Rashid berkat, majlis julung kali diadakan itu bertujuan meraikan jentera parti yang bekerja keras bagi memastikan kelancaran PRU lalu.

“Kita berharap semoga usaha dan jalinan kerjasama antara jentera di dalam parti sentiasa kukuh dan bersatu-padu,” katanya.

Dianggarkan 200 orang hadir menghadiri majlis terbabit yang turut disertai Ahli Dewan Negeri (ADN) Jeram, Shaid Rosli dan ADN Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli.

Turut diadakan pelancaran program Kembali Ke Sekolah peringkat Kuala Selangor yang akan mengagihkan
10,000 beg sekolah kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah itu.


Pengarang :