Ilustrasi tangkapan penjenayah. Grafik Media Selangor
SELANGOR

Lelaki pecah masuk rumah polis bawa ‘bom tangan’ ditahan

SHAH ALAM, 23 JAN: Seorang lelaki yang memecah masuk rumah milik anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Taman Intan Jaya, Kapar ditahan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata pisau kira-kira 30 sentimeter dan satu bom tangan palsu turut dirampas, lapor Berita Harian.

“Suspek mengugut pengadu bersenjatakan pisau namun anggota (Muhammad Adam Hafiz Dawit Abdullah) yang juga pemilik kediaman terbabit berjaya menahan penyamun itu tanpa sebarang kecederaan ketika bergelut,” katanya.

Nurulhuda berkata lelaki yang ada 10 rekod jenayah ditangkap kira-kira jam 11 malam ketika suspek berusia 20-an dalam pengaruh alkohol. Dia direman tujuh hari sehingga 28 Januari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.


Pengarang :