Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau persekitaran Loji Rawatan Air Langat 2 sambil diberi taklimat oleh pegawai Pengurusan Aset Air Berhad pada 22 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Air di empangan cukup hadapi kemarau

HULU LANGAT, 22 JAN: Bekalan air di Selangor mampu bertahan sepanjang musim kemarau yang dijangka berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata paras air di lapan empangan masih pada kadar 90 peratus dan dijangka cukup untuk menampung permintaan maksimum empat bulan.

“Empangan kita masih pada tahap yang baik. Taburan hujan masih berlaku di sekitar Lembah Klang, berbeza dengan negeri utara yang kurang taburan hujan.

“Selain itu, kita ada kolam takungan Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) yang boleh digunakan jika berlaku situasi mendesak,” katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Langat 2 di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakan negeri menerima taburan hujan yang rendah antara Januari hingga Mac.


Pengarang :