Paparan laman web Worldometer
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Semuanya 219,338 kes, 85,745 sembuh, 8,969 maut

SHAH ALAM, 19 MAC: Sebanyak 219,338 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga jam 1 tengah hari, hari ini, lapor laman web Worldometer.

Daripada jumlah itu jumlah kematian adalah 8,969 kes dengan 3,245 kes dilaporkan di China sejak virus mula dikesan di Wuhan pada Disember lalu.

Di luar China, virus tersebut meragut nyawa di Itali seramai 2,978 orang, Iran (1,135), Sepanyol (638), Perancis (264); Amerika Syarikat (155); Britain (104) dan Korea Selatan (91).

Laman web tersebut melaporkan 85,745 individu dijangkiti berjaya sembuh.

China hari ini buat kali pertama mengesahkan tidak ada kes domestik baharu selepas wabak Covid-19 menular di negara itu pada Januari lalu.

Bagaimanapun, kes import bagi Covid-19 dilaporkan terus meningkat.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, terdapat 34 kes membabitkan individu dari luar negara, ia adalah peningkatan terbesar dilaporkan di China sejak dua minggu lalu.

Masuk hari keenam berturut-turut kes import membabitkan wabak Covid-19 di China mengatasi kes domestik yang semakin berkurangan di negara itu.


Pengarang :