AGENDANASIONAL

Elak jangkitan Covid-19, PLUS tutup operasi tambah nilai

SHAH ALAM, 19 MAC: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup semua operasi tambah nilai di pusat khidmat pelanggan dan lorong di semua plaza tol sistem tertutup serta terbuka di lebuh raya kendaliannya bermula semalam bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Penutupan sementara sehingga tamat Perinah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac ini merupakan strategi menjarakkan diri secara selamat bagi mengurangkan risiko jangkitan antara kakitangan dan pelanggan.

“PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan terlebih dahulu dengan menambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal di pusat tambah nilai disediakan di seluruh negara,” maklum bahagian perhubungan korporat, komuniti dan awamnya dalam kenyataan hari ini.

Pengguna boleh melakukannya menerusi kiosk layan diri (SSK) di 67 lokasi di kawasan rehat dan rawat terpilih, mesin ATM, stesen minyak terpilih, kedai serbaneka serta lain-lain lokasi di luar ekosistem lebuh raya.


Pengarang :