AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PLUS: Sistem RFID di 83 tol bermula 1 April

SHAH ALAM, 11 MAC: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan kemudahan pembayaran RFID di semua 83 tol sistem tertutup di semenanjung termasuk Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula 1 April ini, kata pengarah urusannya.

Datuk Azman Ismail berkata pihaknya menjangkakan peningkatan perkhidmatan ini dalam kalangan 1.7 juta pelanggan harian lebuh raya bagi melaksanakan sistem aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) pada masa akan datang

“Menerusi RFID, pelanggan tidak perlu berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go kerana boleh dilakukan mudah secara atas talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada Tag RFID,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata transaksi menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diterima di semua plaza tol bagi memudahkan pengguna lebuh raya mengambil masa bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

Azman berkata pihaknya turut membuka 17 pusat pemasangan RFID di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac ini bagi membolehkan pengguna membuat pemasangan pada kenderaan.


Pengarang :