Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bertitah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 16 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor: Pantau kawasan mudah terbakar, elak jerebu

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM, 16 MAC: Pihak berwajib digesa memantau rapi kawasan yang berisiko berlaku pembakaran terbuka berikutan musim panas ketika ini, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pembakaran terbuka berpotensi menyebabkan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang perlu dielakkan sama sekali.

“Ini terutama kepada kawasan hutan, tanah gambut, tanah pertanian dan tapak pelupusan sampah haram di Selangor yang sering dan mudah untuk terbakar.

“Justeru, kawasan ini hendaklah dipantau rapi oleh pihak berwajib dan pemilik tanah supaya tidak berlaku pencerobohan untuk melakukan pembakaran terbuka,” titah baginda pada istiadat pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-14, di sini, hari ini.

Hujung Februari lalu, kira-kira 35 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting terbakar, namun berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10 Mac lalu.


Pengarang :