Rahilah Rahmat (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pendayung sampan di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan pada 9 April 2020. Foto Unit Korporat dan Perhubungan Awam MDKS
PBTSELANGOR

35 pendayung sampan santuari kelip-kelip terima sumbangan

SHAH ALAM, 10 APRIL: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) semalam menyumbang bekalan makanan asas kepada 35 pendayung sampan di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Yang dipertuanya berkata sumbangan tersebut membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup ekoran pandemik Covid-19 yang menjejaskan sumber pendapatan.

“Kita juga mengagihkan bantuan kepada 140 orang terdiri daripada kakitangan MDKS dan penduduk sekitar daerah ini yang memerlukan,” kata Rahilah Rahmat melalui video di Facebook.

Beliau berkata MDKS akan berusaha menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membantu golongan sasar pada masa hadapan.

“Kita berterima kasih kepada badan bukan kerajaan, syarikat dan kakitangan MDKS kerana banyak menyumbang tenaga dan kewangan yang amat diperlukan ketika semua orang dilanda kesedihan,” katanya.


Pengarang :