Pesawah di Sekinchan melakukan penanaman padi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

5,000 petani, nelayan terima bantuan Kerajaan Negeri – Amirudin

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai 5,000 petani dan nelayan diberikan bantuan khusus Agroprenuer berjumlah RM500,000 bagi mengurangkan dampak wabak Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata 2,000 daripada mereka juga akan dibantu melalui pengagihan benih, ternakan, peralatan serta bahan mentah dengan peruntukan RM1 juta.

“Minggu lalu, saya umumkan Selangor Agro Market (SAM) yang menyediakan makanan segar pada harga lebih rendah bagi membantu 300,000 penduduk di Selangor dengan peruntukan RM1 juta,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di sini, hari ini.

SAM dilancar di sembilan lokasi bermula 27 Mac lalu bagi mengatasi masalah lambakan bahan segar yang tidak terjual dan diselaraskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkonsepkan penghantaran atau beli sendiri.


Pengarang :