Hospital Sultanah Bahiyah. Foto Sumber: Kerajaan Negeri Kedah
AGENDANASIONAL

ICU HSB tidak digunakan sebab tiada pesakit Covid-19 – KP Kesihatan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Unit Rawatan Rapi (ICU) sesebuah hospital tidak akan digunakan apabila tidak ada lagi pesakit Covid-19 yang dirawat, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan demikian bagi menjawab dakwaan bahawa ICU bagi merawat pesakit Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah ditutup sepenuhnya.

“ICU bila tiada pesakit, kita tidak gunakan, bila ada kita gunakan kembali, kita lihat kes sudah berkurangan dan mereka yang memerlukan bantuan pernafasan pun berkurang.

“Negeri-negeri di utara seperti Pulau Pinang , Kedah, Perlis kes sudah berkurangan, itu satu pencapaian kalau dapat kurangkan pesakit masuk ICU,” katanya.

Pagi tadi, tular kenyataan dan video di laman sosial Facebook yang dibuat oleh seorang individu mendakwa wad ICU bagi merawat pesakit Covid-19 di HSB ditutup.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagaimanapun menafikan ICU yang menempatkan pesakit Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ditutup sepenuhnya.


Pengarang :