AGENSISELANGOR

Jom warga Gombak jalani saringan Covid-19 pandu lalu percuma esok

SHAH ALAM, 21 APRIL: Orang ramai di daerah Gombak dialu-alukan untuk menjalani saringan Covid-19 pandu lalu secara percuma yang diadakan selama dua hari mulai esok di Pejabat Daerah Gombak.

Penduduk di Taman Desa Mas, Bandar Country Homes dan Taman Melawati digalakkan untuk turut serta jalani saringan ini demi mengekang penularan pandemik itu.

Perkhidmatan ini disediakan dua sesi iaitu 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang.

Saringan dikhaskan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga
emas dan mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

Tunggu apa lagi? Mainkan peranan anda, Kerajaan Negeri bantu, anda beri kerjasama demi membasmi Covid-19 secara bersama #kitajagakita.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 013-247 7426.


Pengarang :