Anggota polis dibantu tentera melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam pada hari keenam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 pada 23 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB nafi perintah berkurung di Seksyen 6, Shah Alam 

SHAH ALAM, 11 APRIL: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menafikan mesej tular dalam media sosial hari ini kononnya Seksyen 6 di sini dikenakan perintah berkurung.

“Saya dimaklumkan terdapat khabar angin bahawa Seksyen 6 Shah Alam akan dikenakan ‘lockdown’ (perintah berkurung). Perkara ini tidak benar sama sekali,” katanya menerusi Twitter malam ini.

Sebaliknya, beliau berkata Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hanya melakukan saringan dari rumah ke rumah terhadap golongan berisiko termasuk warga emas.

“Saringan ini adalah percuma dan sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk membendung Covid-19,” katanya.

Berdasarkan statistik Bilik Gerakan Covid-19 Selangor sehingga jam 7 malam tadi, Hulu Langat merekodkan 9 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 382 kes, Petaling 7 (338), Klang 9 (163), Gombak 3 (124), Sepang 2 (56), Hulu Selangor 1 (43), Kuala Selangor 1 (29), Kuala Langat 2 (26) dan Sabak Bernam 1 (19).

 


Pengarang :