Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Petugas KKM antara dua mangsa mati akibat Covid-19 hari ini

 SHAH ALAM, 23 APRIL: Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk seorang membabitkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM), menjadikan jumlah  yang maut meningkat kepada 95 kes setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kes  ke-94 (ke- 3,871) membabitkan seorang perempuan warganegara berusia 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Katanya, pesakit adalah petugas perubatan KKM dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-3,662

“Kakitangan KKM itu dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 6 April  sebelum disahkan meninggal dunia pada 23 April,  jam 12.36 tengah malam.

“Ini merupakan kematian ketiga dalam kalangan anggota kesihatan KKM,” kata beliau pada sidang akhbar harian mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-95 pula (ke-4,129) merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Katanya, lelaki itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-1,575 (yang berkaitan dengan kluster PUI Bali) dan telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 8 April sebelum meninggal dunia pada 22 April , jam 11.48 malam tadi.

Pengarang :