Petugas pelbagai agensi melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa premis di sekitar Sungai Ramal Dalam, Kajang bagi membendung penularan wabak Covid-19 pada 30 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tiada kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Tanjung Karang

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan berhubung laporan wujud kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Sungai Terap di Tanjung Karang.

Perkara sama disangkal Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin yang dikongsi menerusi Twitter MKN dengan memaklumkan berita disebar warga maya menerusi kiriman teks dan nota suara itu menimbulkan kegusaran penduduk di Dewan Undangan Negerinya.

“Sebenarnya, ada ambulans masuk ke Taman Nilam tetapi ia hanya kematian biasa. Oleh itu, semua pihak perlu memastikan setiap berita diterima adalah sahih sumbernya sebelum dikongsi.

“Pada masa sama penduduk diingatkan untuk terus tinggal di rumah dan mengekalkan jarak sosial. Kewajipan kita adalah memutuskan rangkaian Covid-19 ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.


Pengarang :