Pembantu perubatan memeriksa suhu badan orang awam sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Damai, Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: 43,462 individu disaring, 32,894 negatif – KKM

SHAH ALAM, 2 APRIL: Sejumlah 43,462 individu sudah menjalani ujian saringan Covid-19 sehingga hari ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi data perkongsian KKM di Twitter itu, 32,894 individu didapati negatif sementara 6.7 peratus pula didapati positif iaitu seramai 2,908 orang.

Daripada jumlah itu, 702 terdiri dari pesakit dalam pemantauan (PUI), kontak rapat (735) dan kluster tabligh (1,370).

Namun sehingga kini 7,660 individu yang disaring masih menunggu keputusan.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad adalah 645 kes atau 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Pada masa sama, seramai 102 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :