Darah palsu dilihat dalam tiub ujian dengan label Covid-19 dalam ilustrasi yang diambil pada 17 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Jumlah korban Covid-19 seluruh dunia kini 250,134

NEW YORK, 5 MEI: Seramai 250,134 orang di seluruh dunia maut akibat Covid-19, menurut data Johns Hopkins University pada Isnin petang, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat melaporkan jumlah korban paling ramai iaitu 68,387 orang. Negara lain seperti Sepanyol, Itali, Britain dan Perancis pula masing-masing mencatatkan lebih 20,000 kematian.

– BERNAMA


Pengarang :