Dato’ Seri Amirudin Shari melawat lokasi e-dapur di Dewan Terbuka, Padang Awam Batu Caves pada 8 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Lebih 16,000 peniaga dapat RM500, boleh mohon hingga Jun

SHAH ALAM, 15 MEI: Seramai 16,829 penjaja dan peniaga yang terjejas susulan penularan Covid-19 menerima bantuan RM500 sekali bayar oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permohonan melalui selangorprihatin.com masih dibuka dan bayaran akan dilunaskan dalam masa terdekat.

“Kerajaan Negeri cakna dengan kesukaran dan kesulitan yang dihadapi golongan penjaja dan peniaga di Selangor, justeru RM25.84 juta diperuntukkan kepada mereka.

“Seperti saya umumkan sebelum ini, permohonan dibuka sehingga Jun dan mereka masih boleh mendaftar,” katanya pada sedia media berhubung prestasi semasa Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 di kediaman rasminya hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata petani, penternak dan pengusaha industri asas tani yang layak turut menerima 5,000 pek makanan asas.

Katanya, Pasar Agro Selangor yang disertai 135 usahawan tani bermula 27 Mac lalu juga berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM7.37 juta.


Pengarang :