Petugas dari Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama pada 1 Jun 2020. FOTO: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Tiada daerah zon hijau di Selangor

SHAH ALAM, 20 JUN: Hulu Selangor kehilangan status zon hijau selepas mukim Kerling mencatatkan satu kes aktif Covid-19 hari ini.

Pada 15 Jun lalu, ia muncul daerah pertama di negeri ini dengan status berkenaan selepas merekodkan sifar kes.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan perubahan dalam tempoh kurang seminggu itu menyebabkan sembilan daerah berada di zon kuning.

“Dua lagi mukim zon hijau juga menjadi zon kuning iaitu mukim Tanjong Karang (Kuala Selangor) dan Kapar (Klang),” katanya di Twitter.

Jumlah zon hijau negeri menurun kepada 35 mukim berbanding 38 semalam selain 21 zon kuning dan tiada zon merah sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Sebanyak 12 daripada 21 kes baharu Covid-19 di seluruh negara dicatatkan di Selangor dengan dua daripadanya kes import membabitkan warganegara Malaysia dan bukan warganegara permastautin tetap yang pulang daripada Surabaya, Indonesia.

Selain Hulu Selangor, penularan tempatan wabak berlaku di Sepang, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan jumlah keseluruhan 10 kes.


Pengarang :