Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 14 Jun 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Tiga kes baharu, keseluruhan kes aktif 283

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebanyak tiga kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif adalah 283, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia merekodkan 8,186 kes pulih atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan setakat ini dengan tambahan sembilan kes pulih hari ini.

“Semua kes baharu adalah penularan di dalam negara iaitu dua kes melibatkan rakyat asing dan satu kes melibatkan rakyat tempatan. Tiga kes baharu yang direkodkan melibatkan satu kes di Negeri Sembilan dan dua kes di Sabah.

“Sebanyak tiga kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala jumlah kematian kekal 121 kes bersamaan 1.41 peratus jumlah keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan media.


Pengarang :