Penguat kuasa KPDNHEP Selangor memeriksa tanda harga barangan yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya pada 3 Jun 2020. Foto Facebook KPDNHEP Selangor
AGENDANASIONAL

KPDNHEP beri amaran empat premis gagal patuh SOP

SHAH ALAM, 20 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada empat premis perniagaan selepas tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 2,287 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dilakukan di seluruh negara semalam.

“Pemeriksaan KPDNHEP mendapati 2,247 premis mematuhi SOP dan 36 premis telah diberi nasihat,” kata menteri kanan (kluster keselamatan) dalam kenyataan.

Beliau berkata secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Sementara itu, hasil pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di 73 tapak binaan di seluruh negara mendapati 56 tapak binaan mematuhi SOP manakala dua lagi tidak patuh dan diberi amaran manakala 15 yang lain tidak beroperasi.


Pengarang :