Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap semasa sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PKP: Malaysia negara pertama, cepat kawal rakyat putus Covid-19

SHAH ALAM, 4 JUN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu menjadikan Malaysia negara pertama dan paling cepat di rantau ini mengawal pergerakan rakyat bagi memutuskan rantaian Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan mengasing individu positif wabak serta mengkuarantin rakyat dari luar negara juga membantu negara mampu membendung penularan pandemik tersebut.

“Kita mewajibkan rakyat pulang dari luar negara dikuarantin 14 hari bagi membendung penularan dari luar serta dalam negara.

“Ia berbeza dengan luar negara yang hanya membuat pengasingan pesakit di rumah. Kita tetap mengasingkan pesakit di hospital walaupun ada yang tidak bergejala,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dr Noor Hisham memaklumkan, Malaysia sudah memulakan persediaan menghadapi wabak itu pada Januari lalu selepas virus berkenaan dikesan Di Wuhan, China pada Disember dengan langkah mengesan jangkitan, menambah baik respon kepada virus baharu dan persediaan kemudahan perubatan.


Pengarang :