Anggota penguat kuasa MPKj menampal notis di pintu premis dalam operasi di sekitar kawasan Industri Selaman, Bangi pada 21 Jun 2020. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj sita empat premis atas pelbagai kesalahan

SHAH ALAM, 22 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita empat premis termasuk kendalian warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar kawasan industri Selaman, Bangi semalam.

Pegawai Perhubungan Awamnya berkata kesalahan dilakukan ialah berniaga tanpa lesen, membela dan menyembelih haiwan hidup dalam premis serta mengubah suai struktur bangunan.

“Tindakan ke atas premis makanan dan kedai runcit dilakukan serta-merta oleh penguat kuasa MPKj tanpa kompromi,” kata Kamarul Izlan Sulaiman kepada SelangorKini.

Beliau berkata MPKj tidak teragak-agak menarik lesen dan menyita premis sekiranya pemilik didapati melanggar syarat.

“Kita tidak akan beri amaran lisan sebaliknya terus mengenakan kompaun dan sita barang perniagaan termasuk kenderaan penjaja tidak berpermit serta warga asing,” katanya.


Pengarang :