Selangorkini
Dua orang wanita mengenakan pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan Covid-19 ketika bersiar-siar di Singapura pada 14 Februari 2020. Foto AFP
AGENDA GLOBAL

Satu lagi kematian Covid-19 di Singapura, jumlah kini 24

SINGAPURA, 2 JUN: Singapura yang dijangka melonggarkan lagi langkah pemutus rantaian jangkitan hari ini, melaporkan satu lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat penyakit itu kini berjumlah 24.

Kementerian Kesihatannya dalam satu kenyataan di sini berkata kematian terbaharu membabitkan seorang lelaki warga China yang meninggal dunia pada 31 Mei lepas di National University Hospital.

Dikenali sebagai kes 17329, jangkitan lelaki itu disahkan pada 1 Mei lepas dan didiagnosis dengan komplikasi limfoma akibat kegagalan pelbagai organ semasa ditempatkan di unit rawatan rapi hujung April lepas.

Walaupun dengan rawatan komplikasi limfoma, keadaannya semakin merosot dan beliau kemudiannya meninggal dunia, menurut kementerian itu.

Singapura pada mulanya melaporkan dua kes kematian akibat Covid-19, seawal 21 Mac lepas.

– BERNAMA


Pengarang :