Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) melakukan operasi pemeriksaan terhadap premis yang dikendalikan warga asing. Foto MDHS
PBTSELANGOR

MDHS periksa premis perniagaan dikendali warga asing

SHAH ALAM, 19 JULAI: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memeriksa tujuh premis sekitar Jalan Bunga Kertas dan Jalan Orkid, Bukit Sentosa yang dikendalikan warga asing pada 16 Mei lalu, kata yang dipertuanya.

Shukri Mohamad Hamin berkata hasil pemeriksaan mendapati operasi perniagaan dijalankan dengan lesen sah dan pemilik merupakan warga tempatan.

“Tiada tindakan sitaan dibuat bagaimanapun kita ambil lesen pemilik premis untuk siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan serta maklumat berhubung pekerja asing.

“MDHS turut memberikan notis kepada pemilik itu untuk hadir ke pejabat dalam tempoh tujuh hari, namun jika mereka gagal patuhi arahan lesen perniagaan dibatalkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Sejak Mei lalu, MDHS menerima aduan sebanyak 70 premis dikendalikan warga asing di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Daripada aduan itu, 30 premis diperiksa dan lima daripadanya dibatalkan lesen perniagaan.


Pengarang :