Sesi penyampaian sumbangan pada 14 Julai di Pejabat YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
AGENSISELANGOR

Syarikat swasta terus hulur sumbangan ke Tabung Covid-19 Selangor

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Negeri menerima sumbangan Tabung Covid-19 berjumlah RM10,795 daripada ST Tiew Dental Group Sdn Bhd semalam.

Sumbangan itu bagi menampung keperluan operasi Covid-19 Selangor dan inisiatif syarikat dalam memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Majlis penyerahan cek cura berlangsung membabitkan wakil syarikat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Zamani Ahmad Mansor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setakat 15 Mei lalu, hampir RM6 juta berjaya dikumpul hasil sumbangan syarikat swasta dan persendirian kepada Kerajaan Negeri.


Pengarang :