Pemandangan di kawasan pelabuhan Beirut, Lubnan yang musnah dalam insiden letupan pada 5 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Letupan Beirut: Gabenor anggar kerosakan hingga RM20.97 bilion

KAHERAH, 5 OGOS: Gabenor Beirut Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar RM12.58 ke RM20.97 bilion (US$3 ke 5 bilion), lapor agensi berita Sputnik.

Letupan berkenaan menggegarkan bandar itu pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, ia disebabkan oleh penyimpanan 2,750 tan metrik ammonium nitrat dengan cara yang salah.

“Anggaran kerosakan antara US$3 dan 5 bilion,” kata gabenor seperti yang dipetik oleh penyiar LBCI dan ia berkemungkinan lebih tinggi.

Menurut pegawai itu, ratusan penduduk tidak mempunyai rumah setelah letupan itu.

-BERNAMA


Pengarang :