Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hassan Azhari Idris bercakap kepada media selepas lawatan kerja Dato’ Menteri Besar di Hartalega NCG, Sepang pada 24 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor pengeluar sarung tangan terbesar dunia – Hassan Azhari

SEPANG, 24 OGOS: Selangor merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, kata ketua pengarah eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor).

Dato’ Hassan Azhari Idris berkata ia susulan empat pengilang produk itu, Top Glove, Hartalega, Kossan Rubber serta Maxter Glove membuat pelaburan dan menjalankan operasi di negeri ini.

“Hartalega juga merupakan salah satu pengeluar sarung tangan terbesar dan berkembang dengan pesat malah tapak ini akan membina kilang baharu bulan depan.

“Dijangka syarikat ini juga akan membuka satu lagi tapak operasi di Kuala Langat tahun hadapan. Lebih RM4 bilion dilaburkan untuk tempoh tiga hingga lima tahun,” katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ke Hartalega NGC Sdn Bhd hari ini.

Menurutnya, perancangan syarikat itu menambah kilang akan membuka 4,000 peluang pekerjaan.


Pengarang :