Kawasan yang musnah dalam insiden letupan di Beirut, Lubnan pada 5 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Tragedi Beirut: Macron gesa siasatan antarabangsa

AMMAN, 7 OGOS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa “perubahan besar” dalam kepemimpinan Lubnan ekoran kejadian letupan besar di Beirut pada Selasa.

Beliau yang melawat lokasi kejadian itu, meminta siasatan antarabangsa dijalankan menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

Ramai rakyat Lubnan mengatakan rasuah, kecuaian dan salah pengurusan kerajaan, menyumbang kepada kejadian itu.

Peristiwa menggemparkan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 137 orang dan mencederakan kira-kira 5,000 yang lain, manakala puluhan lagi masih hilang.

Darurat diisytiharkan selama dua minggu.

Presiden Lubnan Michel Aoun berkata penyimpanan 2,750 tan ammonium nitrat dengan cara yang tidak selamat di gudang di pelabuhan Beirut menjadi punca kepada insiden tragis itu.

– BERNAMA


Pengarang :