Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas Kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor tiada kes Covid-19, jumlah kekal 2,175

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di negeri ini hari ini dan jumlah kekal 2,175 kes, lapor Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Ini menjadikan kes sifar direkodkan buat kali ke-18 dan ke-57 tiada penularan tempatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor mengucapkan syabas kepada rakyat negeri ini susulan tiada kes baharu dicatatkan.

“Hari ini rakyat dari negara yang jumlah jangkitan Covid-19 melebihi 150,000 kes tidak lagi dibenarkan masuk ke Malaysia termasuk pemegang pas jangka panjang,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan penambahan 14 kes baharu hari ini dengan 10 jangkitan tempatan.


Pengarang :