PKS Malaysia yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi boleh menambah antara RM79 bilion dan RM99 bilion kepada KDNK menjelang 2024. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

PRODUTK bantu IKS urus tenaga kerja secara digital

SHAH ALAM, 30 OKT: Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja (PRODUTK) diperkenal bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) Selangor ke arah pendigitalan.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah permulaan selaras Revolusi Industri 4.0 membantu pengusaha IKS mengurangkan kos dan mendigitalisasi urus tadbir tenaga kerja di Selangor.

“Sebagai permulaan, syarikat penyedia perkhidmatan bersedia menyediakan perkhidmatan ini secara percuma kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mendaftar bermula 1 Oktober hingga 31 Disember.

“Syarikat yang mendaftar pada hari terakhir kempen masih boleh menggunakan sistem tersebut untuk tempoh tiga bulan selepas itu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau menjelaskan selepas tempoh berkenaan, PKS boleh memilih untuk meneruskan penggunaan sistem tersebut dengan kadar ditetapkan syarikat pemberi perkhidmatan.


Pengarang :