Kakitangan Top Glove Corporation Bhd memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ketika mengedarkan makanan kepada pekerja yang tinggal di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Abadi 7 Meru Klang pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes harian Covid-19 Selangor turun mendadak kepada 115

SHAH ALAM, 25 NOV: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun mendadak kepada tiga angka apabila 115 kes dilaporkan hari ini berbanding 1,623 kes semalam menjadikan keseluruhan 12,693 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata bilangan itu melibatkan 112 jangkitan tempatan serta tiga kes import.

“Sebanyak 63 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 23 dari kluster baharu di Kuala Langat.

“23 kes pula direkodkan dari saringan kontak rapat, empat saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) manakala 22 lagi membabitkan lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Menurutnya, bilangan kes dicatatkan di Selangor hari ini menyumbang 11.9 peratus dari 970 kes keseluruhan di seluruh negara.

 


Pengarang :