Penduduk sekitar Kampung Baru dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengalami gangguan bekalan air mendapatkan bekalan dari tangki awam di pusat khidmat setempat Lorong Raja Muda Abd Aziz pada 11 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

50 peratus kawasan terjejas terima bekalan air

SHAH ALAM, 8 DIS: Sebanyak 50 peratus daripada 861 kawasan terjejas menerima bekalan air sehingga jam 6 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata kawasan berdekatan dengan loji rawatan air (LRA) di Kuala Selangor menerima bekalan sebanyak 94 peratus.

“Bekalan air di Kuala Lumpur pula pulih 75 peratus, Petaling (67 peratus), Gombak (42 peratus) dan Klang/Shah Alam (21 peratus).

“Kawasan Hulu Selangor dan Kuala Langat pula masih belum menerima bekalan air,” katanya dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor. Mereka juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu di media sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran Sungai Selangor mulai tengah malam tadi. Namun dalam tempoh lima jam, semua loji ini berjaya beroperasi semula selewat-lewatnya jam 5 pagi tadi.

Kawasan-kawasan yang menerima air berperingkat selepas bekalan distabilkan seperti dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.


Pengarang :