AGENSISELANGOR

Bekalan air 830 kawasan pulih, baki 31 dalam proses

SHAH ALAM, 9 DIS: Sebanyak 830 daripada 861 kawasan terjejas akibat pencemaran sungai menerima bekalan air sehingga jam 9 malam.

Bekalan air di Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya manakala Klang/Shah Alam pada tahap 96 peratus, Gombak (92 peratus) dan Kuala Langat (90 peratus).

“Usaha menstabilkan agihan bekalan air terus giat dilakukan bagi memastikan 31 kawasan yang masih terjejas mendapat bekalan air,” kata Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor. Mereka juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu di media
sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran Sungai Selangor tengah malam semalam.

Namun dalam tempoh lima jam, semua loji ini berjaya beroperasi semula.


Pengarang :