Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan di panel khas ‘buffer tube’ selama 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin analisa Standard F200 SD Biosensor untuk mengesan jangkitan Covid-19 dengan cepat ketika program saringan dijalankan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Rakyat perlu jujur, salur maklumat tepat elak penularan

SHAH ALAM, 28 DIS: Rakyat diminta jujur dan tidak mementingkan diri sendiri berhubung status kesihatan mereka bagi mengekang penularan Covid-19.

EXCO kesihatan berkata ia berikutan semua individu terdedah jangkitan virus itu memandangkan perebakan berlaku dalam komuniti.

“Dengan jumlah kes meningkat, ia bermakna adanya perebakan dan semua terdedah. Jadi kita mesti peka pada kesihatan diri.

“Jika bergejala perlu berterus terang. Jangan merisikokan orang lain, namun nampaknya masih ada rakyat yang tidak faham,” kata Dr Siti Mariah Mahmud kepada SelangorKini hari ini.

Susulan peningkatan kes ketika ini, beliau mengingatkan orang ramai supaya memperketatkan tatacara operasi piawai (SOP) terhadap diri sendiri dan ahli keluarga.

“Golongan berisiko perlu dilindungi. Bagi barisan hadapan pula, kita nasihatkan mereka supaya tidak menpercayai sepenuhnya penafian pesakit dan perlu mementingkan kesihatan diri sendiri,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu masyarakat agar tidak menipu petugas kesihatan dengan menyembunyikan status kesihatan mereka ketika datang mendapatkan rawatan atau saringan Covid-19.


Pengarang :