Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDANASIONAL

Covid-19 catat 2,231 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 2,231 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 138,224 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 557 kes dengan 404 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Johor pada kedudukan kedua mencatatkan 396 kes sementara Sabah sebanyak 374 kes

“Sebanyak 194 kes pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara melibatkan Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20), Kluster Tembok Gajah
(12) dan Kluster Pagar Siput (lima),” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 1,006 pesakit berjaya sembuh menjadikan bilangan kes pulih setakat ini sebanyak 109,115 kes.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 187 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 87 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini menjadikan jumlah yang maut sebanyak 555 kes,” katanya lagi.


Pengarang :