Petugas kesihatan Selcare membuat ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Petaling sumbang hampir separuh jangkitan Covid-19, catat 1,530 kes

SHAH ALAM, 29 JAN: Daerah Petaling menyumbang lebih separuh kes baharu Covid-19 hari ini iaitu 1,530 daripada keseluruhan 3,126 kes di Selangor.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata daripada jumlah itu, sebanyak 543 kes dari mukim Petaling diikuti mukim Damansara (538), Sungai Buloh (313) dan Bukit Raja (136).

“Manakala, Hulu Langat mencatat rekod kedua tertinggi iaitu 779 kes dengan majoriti jangkitan daripada Kluster Penjara Jalan Harapan.

“Sepang pula mencatat 485 kes diikuti Gombak (111), Klang (110), Kuala Langat dan Kuala Selangor masing-masing 46 kes sementara Sabak Bernam (18) dan Hulu Selangor (satu),” katanya menerusi Facebook.

Hari ini, Selangor merekodkan 3,126 kes baharu Covid-19 dengan 1,627 hasil saringan kontak rapat, 932 saringan lapangan dan 567 daripada lain-lain saringan.

Pertambahan tersebut menjadikan keseluruhan kes di negeri ini ialah 54,451.


Pengarang :