Penduduk sekitar Shah Alam menjalani saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Tanjung Seksyen 19, ,Shah Alam pada 17 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes harian Covid-19 Selangor kekal bawah 1,000

SHAH ALAM, 22 FEB: Angka harian positif Covid-19 di Selangor menunjukkan sedikit peningkatan namun masih kekal di bawah 1,000 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), sebanyak 910 kes baharu direkodkan berbanding 868 kes semalam.

“Kes hari ini turut melibatkan lima tahanan penjara di Hulu Langat, masing-masing satu di penjara Kuala Selangor dan Petaling.

“Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 95,305 dengan 3,979 kes aktif,” katanya menerusi Facebook.

Malaysia merekodkan sebanyak 2,192 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 285,761 kes.
Jumlah kes aktif di negara ini pula adalah sebanyak 32,076.

 

 


Pengarang :