Petugas Kementerian Kesihatan melakukan saringan Covid-19 kepada peniaga dan ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Dewan Beringin Taman Sri Gombak pada 15 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Tiga daerah catat kes kurang 10, Gombak sifar

SHAH ALAM, 19 MAC: Gombak menjadi daerah tunggal di Selangor yang tidak merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini, namun kekal dalam zon merah.

Tiga daerah mencatat kes bawah 10 iaitu Hulu Selangor dan Sabak Bernam, masing-masing lapan kes manakala lima kes di Klang, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Menurut agensi itu, Petaling menyumbang angka tertinggi iaitu 139 kes membabitkan mukim Sungai Buloh (73), Petaling (30), Damansara (25) dan Bukit Raja (11), majoriti hasil saringan pekerja.

“Hulu Langat pula mencatat 112 kes diikuti Kuala Langat (35), Sepang (25) dan Kuala Selangor (16),” maklum jabatan itu di Facebook.

Selangor merekodkan sebanyak 348 kes baharu Covid-19 hari ini dan 478 kes sembuh.

Keseluruhannya, seramai 108,704 pesakit di negeri itu berjaya pulih berbanding 110,898 kes yang dilaporkan sejak pandemik menular.


Pengarang :